Seorang jurusolek lelaki ditahan reman selama tujuh hari selepas disyaki melakukan jenayah seksual terhadap pelakon remaja lelaki di sebuah salon rambut di Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat lalu.
Difahamkan, jurusolek yang berusia 41 tahun itu disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 18 tahun berkenaan dalam satu kejadian berlaku kira-kira pada pukul 3 petang.
Menurut Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi, mangsa yang merupakan pelakon sambilan datang ke salon rambut suspek kerana ditawarkan perkhidmatan mendandan rambut secara percuma.
Suspek kemudian menawarkan perkhidmatan baharu sejurus selesai mendandan rambut iaitu urutan badan dan remaja lelaki terbabit bersetuju berikutan sudah lama mengenali suspek, lapor Malaysia Gazette.
Walau bagaimanapun ketika mengurut di bahagian paha mangsa, tiba-tiba jurusolek berkenaan malah bertindak menghisap kemaluan remaja lelaki itu sambil memegang pahanya dengan kuat.
“Pengadu berasa amat terkejut. Selepas selesai mengurut, pengadu terus keluar dari salon itu dan mengambil masa bertenang sebelum membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh, Sabtu lalu.
“Sepasukan polis dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kemudian menangkap suspek di hadapan premis, di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh kira-kira jam 4.30 petang semalam,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 41 tahun itu kemudian dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman pada Isnin di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.
Md Nazri memaklumkan bahawa jurusolek terbabit akan ditahan reman sehingga 26 Januari ini untuk membantu siasatan di bawah 377C Kanun Keseksaan (KK) iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii.
Mengulas lanjut, Md Nazri memberitahu bahawa mangsa yang masih bujang itu merupakan anak sulung dari tiga adik-beradik dan bekerja secara sambilan sebagai pelakon kebudayaan di ibu negara.
Pengadu juga difahamkan adalah pelajar tahun pertama di sebuah kolej kemahiran di Bangi selain turut bergelar pelakon drama.
Baca juga: Singapura beli Musang King dari petani Malaysia dan jual di mesin layan diri