Kahwin di usia 62 tahun, Sabri Yunus dedah ada pihak tawar jadi duta produk kuat tenaga batin 

Oleh KIM SYAZIE

Tidak sampai sebulan berumahtangga, pelakon dan pengarah, Sabri Yunus mendedahkan pernah ditawarkan menjadi duta produk kuat hanya kerana berkahwin pada usia emas.

Memetik BH Online, Sabri, 62, berkata, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana merasakan ia tidak sesuai dengan usianya.

“Maaf cakap saya memang ada terima tawaran jadi duta produk ubat kuat tenaga batin.

“Mungkin kerana saya pengantin berusia. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana saya segan.

“Kalau produk nak kurangkan (tenaga batin), saya naklah (ketawa),” katanya pada majlis resepsi yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu, dianya mengenai majlis resepsi yang diadakan, Sabri dan isterinya, Ardini Angeline Tan terharu apabila terus diraikan oleh rakan-rakan penggiat industri.

Menurut Sabri, mereka tidak pernah menyangka pernikahan mereka mendapat perhatian banyak pihak dan berminat untuk menaja majlis resepsi.

“Saya bersyukur ramai yang berminat untuk meraikan kami. Selama ini, saya ingat Allah sahaja yang sayang saya, tetapi kawan-kawan turut menyayangi saya.” Ujarnya.

Pada majlis itu, pasangan mempelai tampil segak dan menawan apabila menggayakan baju tradisional songket warna sedondon iaitu biru muda.

Ini adalah majlis resepsi kedua Sabri dan Angeline selepas diraikan oleh sebuah stesen penyiaran pada 17 Oktober lalu.

erdahulu, pasangan berkenaan selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu.

Baca juga: Baru tahu ada cara elak serbuk Milo dan kopi mengeras, cuma beli 1 bahan ini saja!