Kain buruk jangan dibuang, tips ini bikin ia putih bersih semula

Oleh NASUHA RAHMAN

Suri rumah atau pengusaha kedai makan mungkin antara yang terjebak dengan penggunaan kain lap untuk mengelap bermacam-macam benda dan tempat.

Penggunaan kain lap yang kerap lama-lama ia menjadi kotor dan buruk akhirnya dipanggil kain buruk.

Namun ia tidak mudah untuk dibuang begitu sahaja apabila kekotoran terdapat di kain tersebut kerana ia masih boleh digunakan jika dibersihkan semula.

Dalam masa yang sama lambakan kain buruk yang kotor kalau tidak dicuci setiap hari boleh mengundang pembiakan bakteria.

Jadi, kotoran degil seperti minyak susah dicuci? Sudah puas merendam dan menggosok tapi kotoran masih ada?

Jangan risau lagi! Mungkin anda boleh guna tips yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail di bawah ini.

Tips basuh kain buruk dan kain lap:

Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor.

Kain buruk jangan dibuang, tips ini bikin ia putih bersih semula
Clorox dan sabun
  1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit.

2. Selepas itu, basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.

3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.

4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox, putar lagi beberapa minit.

Hitam: Kain buruk sebelum direndam clorox

5. Masuk dalam pengering balik.

6. Angkat dan bilas macam biasa.

7. Keringkan dan jemur.

Putih bersih selepas dibasuh dan dijemur
Macam kain baru, bersih!

Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumah tangga dan kain buruk untuk meniaga. Ini Kak Ida tunjuk cara basuhnya.

Walaupun, kaedahnya memerlukan penggunaan banyak masa dan pengulangan. Namun, untuk memastikan kebersihan benar terjaga tidak salah jika mencuba dan meluangkan waktu. Barulah pelanggan yang melihat tidak merasa geli, meja tidak melekit dan tidak berbau busuk.