Kaitkan Guan Eng dengan Chin Peng, Reezal Merican sekolahkan wakil rakyat Pas guna ayat Quran dan Hadis

Oleh WAN SITI AMINAH

Persuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof baru-baru ini menimbulkan kekecohan ketika berbahas di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Hal ini berikutan Fauzi Yusof yang juga Ketua Pembangkang itu bertelingkah dengan Pengerusi DAP, Guan Eng mengenai dakwaan mengaitkan keluarganya dengan Chin Peng.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu menyifatkan dakwaan tersebut sebagai berita palsu dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menyebarkannya.

Fauzi Yusof kemudian bangun mencelah dan menunjukkan sebuah buku yang mengaitkan Guan Eng dengan Chin Peng di mana ia dijadikan bahan rujukan oleh banyak pihak.

Tidak bersetuju buku itu dijadikan rujukan, ADUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bangun menerangkan konsep ‘tabayyun’ kepada wakil rakyat Pas itu.

“Isu kaitan dengan tomahan kepada Air Putih bukan berlaku di situ sahaja (buku). Ia berada di laman sesawang sejak 2014 lagi. Sampaikan saya pernah menyangka perkara itu betul.

“Cuma bezanya saya tidak bercakap dan tidak berhujah. Sebab Tuhan ajar saya mengenai tabayyun. Periksa dahulu (maklumat atau berita) takut ditimpa musibah dengan kejahilan.

“Maka kamu akan menjadi orang yang menyesal (jika maklumat salah),” jelas Reezal Merican kepada Fauzi sambil membaca makna daripada surah al-Hujurat, ayat 6.

Tambah Reezal, jika kita mendapati diri telah melakukan kesilapan sebaiknya mengakuinya dan segera merendah diri serta memohon maaf atas perbuatan tersebut.

Reezal turut merujuk situasi melibatkan bekas Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki yang tampil memohon maaf kepada pemimpin DAP, Nga Kor Ming pada 2019 lalu.

Hal ini berikutan Asyraf pernah mendakwa Naib Pengerusi DAP itu merupakan anak saudara kepada pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

@kem.walaun

Gitu je Reezal Merican bagi. Patut dia ni yang menang Kepala Batas dulu. Barulah kurang orang tak siuman di parlimen.

♬ original sound – Kem Walaun 🤢 – Kem Walaun 🤢

“Dalam kepercayaan saya, semua anak Adam melakukan kesilapan berulang-ulang kali. Sebaik-baik orang melakukan kesilapan adalah orang yang melakukan pembetulan kepada kesilapan.

“Bukan orang Pas sahaja boleh keluar hadis tau,” seloroh Reezal yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu.

Baca juga: Mana ada orang sental kulit kerang guna berus gigi dah, kedai pun guna teknik ini je, gerenti menjadi