Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati sebanyak 61 peratus pengundi di Selangor tidak percaya tentang kebenaran isu derma RM2.6 bilion oleh jutawan Arab kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Kluster Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) dalam satu kenyataan menyatakan perkara demikian dalam kajian dijalankan pada 13-15 November 2015 lalu.
Katanya, 30 peratus lagi berstatus ‘tidak pasti’ dan hanya sembilan peratus yang masih mengekalkan keyakinan tentang kebenaran isu yang melibatkan pemimpin nombor satu Umno itu.
Kajian itu melibatkan seramai 1,716 responden seluruh kawasan Parlimen, Dun dan PBT merentas kaum, parti, pendidikan dan tempat tinggal.
Katanya, mengejutkan lagi, di kalangan responden yang menyatakan pendirian penyokong Barisan Nasional(BN) hanya 23 peratus pengundi BN mengekalkan keyakinan penuh kepada Najib bahawa jutawan Arab yang menderma RM2.6 bilion.
Manakala 31 peratus penyokong BN tidak percaya terhadap fakta itu dan baki penyokong BN yang lain, sebanyak 30 peratus mengambil sikap tidak pasti.
Kronologi kenyataan dikeluarkan pimpinan atasan, penguasa dan penguatkuasa sering tidak selari antara satu sama lain berhubung dengan isu ini.
Hasilnya, pengundi terus bingung dan kepercayaan kepada Najib semakin susut berhubung dengan isu ini.
IDE kaji “Tidak dinafikan dana politik diperlukan untuk memastikan keberlangsungan hidup sesuatu parti dapat diteruskan.
“Namun, pimpinan perlu telus dalam menguruskan isu itu kerana rakyat juga adalah salah satu ‘stakeholder’ yang tidak boleh dibelakangkan.
“Sudah pasti, semangat cintakan negara semakin tebal membuatkan rakyat semakin prihatin kepada isu semasa demi kepentingan bangsa, agama dan negara,” kata kenyataan itu sebagaimana dipetik dari Selangorkini.