Sebaiknya dengarlah nasihat orang tua sebelum buat keputusan untuk berkahwin, kadangkala mereka ini lebih arif.
Janganlah tergopoh-gapah membuat keputusan biarlah apa alasan sekalipun kerana perkahwinan ini untuk selamanya dan bukan setahun dua.
Seorang individu memuat naik luahan mengenai si kakak yang membuat keputusan untuk berkahwin walaupun sudah dihalang keluarganya.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Aku cuma nak luahkan sedikit bebanan yang akhir akhir ni menyapa aku dan keluarga,
Dan aku harap pembaca boleh bagi pendapat sebab otak aku dan keluarga boleh dikatakan sedang tepu dan hati sedang rapuh. Terutamanya mak aku.
Aku ada kakak yang sekarang ni berumur 21 tahun, kakak aku ni seorang perempuan yang baik tahu dan faham tentang agama serta laksanakan apa yang wajib.
Kakak aku ni dalam hidup dia tak banyak kisah percintaan. Dia ni orang yang bijak daripada UPSR sampai diploma cemerlang ja keputusan.
Bulan satu tahun ni kakak aku latihan industri dekat sebuah negeri ni dan di sinilah mula segala masalah.
Terjatuh hati dengan rakan sekerja
Ada seorang lelaki ni dia suka dekat kakak aku buat effort gila gila tunjuk sangat tergilakan kakak aku dia punya usaha tu memang A++++
Bagi perempuan yang kurang pengalaman dalam percintaan macam kakak aku memang akan terpikat tanpa pikir panjang dekat laki tu.
Kakak aku pun terima dia, bila topik perbualan kami tentang laki tu memang kakak aku puji kaw kaw, selalu update status laki tu tiap hari bagi makanan.
Mereka ni satu tempat kerja dan tiba-tiba aku dapat panggilan daripada kakak aku yang cakap dia nak kahwin sebelum sambung ijazah sarjana muda bulan sembilan ni.
Aku macam terkejut sangat, kenapa tiba-tiba. Tak ada angin atau ribut tapi nak kahwin.
Bersungguh aku tanya kenapa, jawapan yang aku dapat hanya sebab laki tu ajak kahwin awal sebab tak nak berjauhan nanti. Pastu sebab sayang. Kakak aku ni polos tau.
Haih. Aku tak syak benda buruk pun sebab kakak aku baik ja. Aku taku aku kenal kakak aku. Esoknya dia bongkar hal sebenar.
Tiga kali kena paksa tidur dengan teman lelaki
Yang sebenarnya dia kena rogol sebanyak tiga kali oleh teman lelaki dia yang sama umur dengan dia!
Aku sangat percaya tu satu paksaan sebab kakak aku tak akan buat benda macam tu.
Dia bertahan sampai kena tiga kali tu sebab sayang dan itu bodoh. Aku memang tak boleh terima.
Aku senyap senyap bagitahu mak dan abah dan mereka hubungi bahagian sumber manusia tempat kerja kakak aku untuk panggil polis datang dan tolong kakak aku.
Tapi semuanya sia-sia. Kakak aku tak nak buat laporan polis pun, dia nak kahwin. Dia cakap laki tu baik nak bertanggungjawab.
Tapi bagi aku dia lelaki tak baik sebab dia buat benda macam tu dekat kakak aku. Kakak aku cakap dia baik tapi tak reti kawal nafsu.
Bila aku dengar ni rasa darah mengalir laju jaaa wehhh apa jadi kalau mereka kahwin nanti? Kalau awal-awal okay kut, dah lama sikit?
Lagipun laki tu muda lagi. Aku takut yang dia tak habis lagi nak berseronok dengan zaman muda.
Mak dan keluarga aku sekarang ni kami tak tahu dah macam mana nak nasihat kakak.
Aku kesian pada mak, aku nampak mata mak tak sedia lepaskan anak sulung perempuan dia pergi. Tambahan mak aku tengah sakit sekarang ni, sakit jantung.
Mak aku ada cakap kalau segala nasihat tak jalan. Mak aku setuju ja kalau dikahwinkan haihh aku ni pening kepala pikir ambil berat sebab adik beradik.
Baca juga: “Aku ni sampai anxiety, takut bapa mentua datang mengejut check rumah, dah macam warden”