Bila Hari Raya ini, sebolehnya kita lupakan semua sengketa dan menyambut satu Syawal bersama orang tersayang.
Namun masih ada jenis yang pentingkan diri dan cuba menyebar negativiti walaupun tiada masalah perlu timbul.
Seorang wanita tidak memahami sikap kakak ipar yang sering mencari kesalahannya walhal dia cuba sebaiknya untuk mendiamkan diri selepas diperli.
Di bawah adalah luahan wanita tersebut.
Saya bukan manusia sempurna mahupun menantu pilihan. Malam ray ni menitis air mata tapi tetap pendam perasaan supaya kuat depan keluarga mentua.
Kakak ipar adalah anak angkat dalam keluarga ni, mungkin kurang kasih sayang sampai dia ada perangai macam ini.
Balik beraya, saya rendahkan diri dengan minta maaf walaupun saya tak tahu apa punca dia tak mahu bercakap dengan saya.
Mak dan ayah mentua faham perasaan saya tapi kakak ipar perli yang kata yang saya ni orang susah.
Sebab itu kalau balik beraya, mak dan ayah sahaja yang keluar semua duit.
Padahal saya sebelum balik siap belikan lauk dahulu malah kalau nak makan sekalipun tak pernah minta duit mak dan ayah mentua.
Ada sahaja yang tak kena dengan suami dan saya sebab kami ini hanya menyewa dan dia pula beli rumah banglo untuk keluarga dia.
Saya mengalah dan minta maaf tapi tetap diperli, kalau suami tahu memang dia mengamuk jadi saya pendam untuk tak keruhkan keadaan.
Banyak kali dah saya diperli, tapi suami, mak ayah mentua semua tak pilih kasih dan tak menyokong tindakan kakak ipar.
Tapi saya memang terasa sangat dan terfikir sampai bila saya nak bertahan, adakah ada satu ketika saya minta cerai sahaja dengan suami.
Saya sampai berdoa agar ini Ramdan terakhir saya supaya saya tak perlu nak hadap kakak ipar dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
Saya bukan sihat macam orang lain, saya kalau kerja banyak sangat nanti cepat penat. Setiap bulan kena pergi hospital, buku biru sebab ada masalah paru-paru.
Harap ada perubahan tahun hadapan.