Kakak terkedu lihat adik kena pukul bekas bini sampai terkoyak mulut, alasan tak nak hidup susah

Oleh KIM SYAZIE

Kekerasan dalam rumah tangga kini tidak mengenal jantina, baik lelaki mahupun wanita seharusnya bertindak cepat dengan keluar dari hidup sebegitu rupa.

Tular video seorang kakak yang menangis melihat keadaan adiknya selepas dipukul isteri atas alasan tidak mahu hidup susah.

Lebih menyedihkan bekas adik ipar tersebut sudah dianggap seperti adik sendiri namun tergamak menggunakan kekerasan.

Setiap kali dihubungi, adik iparnya mengadu sedang sibuk hinggalah tiba raya baru-baru ini, adik lelakinya datang ke rumah adik-beradik lain dengan muka pecah.

Siapa sahaja tidak marah melihat ahli keluarga dipukul sampai begitu sekali, mulut terkoyak sampai terpaksa dijahit.

“Bila perempuan tu hubungi adik, aku yang angkat. Aku minta dia jelas kenapa nak bercerai, alasan dia bagi sebab tak nak hidup susah dengan adik aku.

“Aku cakap tak apa boleh selesai cara baik, pergilah selesaikan masalah, pergi mahkamah, aku siap cakap dengan dia nanti aku pujuk adik aku pergi sekali,” ujarnya.

Namun apabila disoal mengapa dia memukul suaminya sendiri, wanita tersebut hanya mendiamkan diri.

Video tersebut dimuatnaik di TikTok, @zeemarwadriana untuk berkongsi mengenai perihal adiknya.

@zeemarwadriana

Replying to @nuryqa sorry, mase ni kak zee mmg meraung2 lps bukak mask die tgk muke die pecah mcm tu😭 aku cume rase tekilan,kecewa,tk sangke sebab aku mmg baik rapat sgt dgn bekas bini die, aku anggap die mcm adik aku sendri bukan adik ipar,hari2 kitorang wasap,vc,sampai masuk toilet pun dok vc, tetibe time bulan puasa,bile aku wasap vc die,die kate bz nnti die vc balik..tup2 senyap terus, tau2 lps raya ritu adik aku si yazed ni dtg muke pecah.aku wasap pompuan tu die tk reply.. bile pompuan tu call adik aku, aku yg angkat sebab mase tu adik aku ade dgn aku, time tu la aku dpt ckp ngan pompuan tu,first aku tnye kenape?suh die cite ape mslh sebenarnya sampai nk cerai,ape yg die jawab..sebab dah tknk hidup susah dgn adik aku..aku kate, takpela,boleh selesai care baik,pegi la settle dgn yazed pegi mahkahmah,aku siap ckp dgn die, nnti aku pujuk adik aku pegi dgn ko same2.. second baru aku tnye die, kenape hempok muke yazed sampai mcm tu, die diam je tak jawab..tkpela, biar tuhan je yg balas..ko teruskanlah dgn kehidupan ko cri kebahgian ko sendri lps ni…semua da settle lame dah dri lps raya ritu dah cerai dah pun..ko tk nk amik ank2 kau pun lps ni tkpela,takkan nk pakse..so, sudahhh cukup and stop ganggu atau up bende2 tah hape2 pasal kitorang lagi seolah2 mcm kau plak yg kene pijak..stopp!! *Korang boleh tgk dari PART 1

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾

Rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib si adik yang dipukul isteri sendiri dan mengharapkan yang terbaik buatnya.

“Yazed bukan tak mampu balas dua kali ganda daripada hempukan bekas isteri dia. Tapi dia dibesarkan dan di didik orang baik. Percayalah, Yazed cuma tak sampai hati.

“Pasang peguam, buat laporan mendatangkan kecederaan. Kalau ada bukti jalan terus biar isteri adik tu merana

“Rasa adik awak ni tak akan angkat tangan pada isteri dia. Baik. Tapi dia paksa diri dia disakiti. Kesian dia, kosong jiwanya.

Baca juga: Peniaga ayam terkejut lihat objek pelik atas lantai, rupanya bayi masih bertali pusat