Isteri sudah mudahkan urusan dengan bekerja, janganlah ambil kesempatan dengan terus tak bagi nafkah.
Mulalah bagi alasan gaji isteri dah banyak kemudian bebankan isteri dengan semua benda hingga lupa tanggungjawab sebagai seorang suami.
Seorang wanita mengadu lelah dengan suami yang hanya tahu membayar barangan miliknya sahaja tapi segala bil lain ditanggung dirinya.
Di bawah adalah kisah dari sebuah portal luahan perasaan atas talian.
Suami aku kerja kerajaan. Aku pula swasta yang gaji ada masa berkepuk ada masa sendu. Aku ada anak dua orang. Aku pernah berhenti kerja lepas lahir anak sulung.
Tapi mampu bertahan jadi suri rumah dua tahun je. Sebab tak tahan dipalau dan direndahkan orang sekeliling. Aku tak ada duit bila teringin nak makan apa-apa.
So bila aku nak mula kerja tu. Suami aku okay je dengan syarat, anak nak letak mana, bayar berapa, urusan hantar ambil semua aku yang settlekan sendiri. Dia memang tak nak tahu.
Aku memang tak diberi nafkah dengan alasan dia dah sediakan rumah (atas nama dia), ada kereta dia juga tapi aku ada kereta aku sendiri yang aku bayar sendiri A to Z.
Nafkah hanya melibatkan barang dapur
Makan pula aku cuma boleh claim kalau beli lauk basah sebab kata dia setakat tu je nafkah yang dia perlu bagi dan aku perlu masak.
Dia juga kata bila aku keluar kerja duit makan duit minyak semua tu bukan tanggungjawab dia. Kalau aku penat tak boleh masak, makan luar satu keluarga aku yang perlu bayar.
Aku hantar anak aku yang first dekat private preschool & yang baby dekat private babyschool, memang fully cctv semua.
Dua orang ni sebulan aku bayar RM1k+, yuran tahunan pula seorang dalam RM2k. Sebab aku takut sangat-sangat nak hantar kat pengasuh rumah orang.
Beranak pantang semua tanggung sendiri
Medical card, baju baru, mainan, jajan semua aku. Baru ni bersalin anak kedua pun segala persiapan barang baby, confinement lady, makanan pantang semua duit aku.
Alasan aku yang nak anak, dia tak kisah pun. Aku ni yatim piatu, tak ada tempat nak mengadu.
Bila fikir balik aku sedih sebab anak kedua ni aku bedah, anak sulung dulu normal pun bergunting berjahit. Akhirnya semua aku yang tanggung seorang.
Bila hitung dari awal kahwin, tujuh tahun tak pernah sekalipun suami aku belikan aku baju raya, masa aku tak kerja aku tak ada baju raya baru walaupun sehelai.
Bila aku kerja aku beli sendiri untuk aku dan anak. Dia akan beli sendiri dia punya kemudian ikut warna tema aku dan anak.
Bila fikir baju raya yang aku beli tu pun bukannya berjenama ratus ringgit, tak sampai RM100 pun. Sedih! Makin aku fikir makin aku rasa kecewa.
Bercuti semuanya guna duit isteri
Bab bercuti pun A to Z aku yang plan aku yang bayar. Tahun lepas empat kali keluar negara semuanya aku yang sponsor satu keluarga.
Dia cuma ikut dan mengadu ada sahaja serba tak kena. Tak pernah sekali ucap terima kasih. Sedih!
Gaji dia ada dalam RM5k, dia cuma bayar rumah, motor, personal loan kahwin (ni pun dia masih ungkit sebab minta hantaran 10k).
Tapi personal loan dia RM50k aku yang disalahkan, bil api air, bil telefon. Tu sahaja. Benda lain macam penapis air coway, internet unifi ni pun aku bayar alasan aku yang nak.
Suami isteri yang lain pun macam ni ke. Aku penat, bila aku cakap dia akan ulang balik cakap aku yang nak kerja. Patutnya aku kena jaga anak dan masak duduk rumah.
Baca juga: “Suami boleh tidur lepas lafaz talak 3, aku risau status kami sebab dia beri alasan lupa”