Kebiasaannya kalau rendam bihun dalam air panas, mesti bila masak jadi terlebih lembik atau putus-putus.
Nak makan pun rasa susah sebab semua bihun tu jadi pendek je, tak perlu guna garfu, sudu sahaja dah mencukupi.
Rupanya ada cara senang nak rendam bihun biar tak putus masa masak, barulah nampak cantik sahaja.
Ikuti perkongsian tukang masak menerusi Facebook Rizak Channel tentang cara rendam bihun yang betul.
Cara rendam bihun agar tak putus masa masak
Bahan-bahan:
- Bihun (tak kisah jenama)
- Bihun Apple (optional kalau nak campur)
- Air panas
- Air biasa (paip atau suhu bilik)
- Minyak
Cara-cara:
1. Campurkan bihun biasa dengan bihun apple dalam satu bekas. Kalau tak campur pun tak ada masalah.
2. Masukkkan air panas nisbah 1:1 dengan air paip ke dalam bekas tersebut.
3. Kemudian masukkan dalam 1 atau 2 sudu minyak masak dan gaul bihun tersebut.
4. Rendam selama 10 minit ke 15 minit dan tapis ia.
Selesai! Boleh masak seperti biasa, bihun pun tak cepat putus dan nampak cantik sahaja.
Baca juga: Suami kedekut tapi suruh isteri berhenti kerja, rela habis duit demi kereta dari barang anak