Bila dilihat kos untuk makan di luar sekarang adalah tinggi, sekali sekala bukanlah satu masalah tapi kalau setiap hari memang tengah bulan habis gaji.
Tapi masih ada sesetengah orang walaupun merungut tetap beli makanan di luar daripada masak di rumah dengan alasan penat bekerja.
Disebabkan itu, pelakon Datin Intan Najuwa kecewa dengan sesetengah pihak yang tak habis merungut seolah-olah modal dikeluarkan untuk berniaga adalah sedikit.
Menerusi Instagram story, Intan bersimpati dengan nasib peniaga yang sudah bangun awal untuk berniaga namun dikritik sesetengah orang dek kerana harga mahal.
“Jenis nak murah tetapi makan mahu sedap malas masak sendiri. Kemudian merungut orang jual mahal. Kasihan, mereka berniaga dan barang mentah itu semua modal.
Semua pakai duit bukan daun. Dengan penat memasak, membungkus dan pembantu lagi. Semua gunakan kos manakala pelanggan tahu nak murah sahaja.
“Zaman sudah 2024, semua barang harga naik.
“Kasihan tengok peniaga kecil-kecilan bersusah payah meniaga makan dan lepas itu ada pula jenis (pelanggan) nak merungut sahaja,” katanya menerusi InstaStory.
Masak sendiri kalau rasa mahal
Pada masa sama, Intan menasihatkan mereka yang suka merungut ini masak sahaja di rumah, tak perlu asyik mengkritik.
“Senang sahaja, kalau nak murah masak sendiri. Tidak perlu beli. Kalau rasa mahal, tidak perlu beli dan merungut sebab masing-masing ada pilihan.
“Masak tidak mahu, malas. Selepas itu beli mahal sikit merungut. Ramai ya orang begitu,” tambahnya.
Baca juga: Mahu diingati kerana bakat, bukan kontroversi, Hafidz Roshdi bersyukur dapat tawaran berlakon