Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat tercekik sebatang pin papan notis.
Laporan imbasan kanak-kanak itu menunjukkan kira-kira 90 hingga 95 peratus otaknya terjejas selepas dia tertelan pin papan notis itu.
Menurut laporan Daily Mail, Kyle Lewis dari South Yorkshire meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa di hospital Rotherham.
Kyle maut dalam dakapan ibu bapanya, kira-kira enam hari selepas menyambut hari jadi yang kelima.
“Kyle menghembuskan nafas terakhir ketika kami sedang memeluknya.
“Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan apabila menyaksikan anak kesayangan meninggalkan kami selama-lamanya,” kata keluarga itu.
Mangsa juga diserang sawan beberapa kali dan demam sebelum meninggal dunia.
Sementara itu, ibu mangsa, Emma Lewis berkata, Kyle terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat selepas dimasukkan ke hospital.
Baca juga: Tokong Buddha kosong, semua sami kena angkut sebab positif dadah