Kangkung ‘diharamkan’ malah dianggap ‘bahaya’ di Amerika Syarikat

Oleh MAISARAH AISYA

Kangkung adalah salah satu sayur kegemaran rakyat Malaysia malah sayuran ini juga mempunyai banyak khasiat.

Antara khasiat kangkung adalah ia mampu membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu proses penyembuhan luka.

Tanaman ini juga biasanya banyak dijumpai di Asia terutamanya Indonesia, Malaysia dan Filipina

Tetapi tahukah anda tumbuhan ini diharamkan di Amerika Syarikat (AS). Perkara ini didedahkan oleh pengguna TikTok antarabangsa.

Perkara ini dikongsi pengguna Twitter, @MohamadYusofBi6 mengenai video dari TikTok, Agrotonomy.

Lelaki tersebut menjelaskan bahawa tumbuhan (kangkung) diharamkan di sesetengah negeri di Amerika Syarikat.

Menurut laporan AZCentral.com, tumbuhan yang turut dikenali sebagai Bayam Air ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an.

Namun disebabkankan sifat-sifat agresif tumbuhan yang tumbuh empat inci sehari ini, ia telah diharamkan di AS.

Kangkung didakwa mengancam laluan air dan spesies tumbuhan asli yang lain, maka AS meletakkan Kangkung dalam senarai tumbuhan berbahaya.

Jurucakap Jabatan Pertanian Arizona, Robert Smook, mengesahkan pihak berkuasa negeri dan kerajaan persekutuan pernah menjalankan pemeriksaan di mana-mana premis makanan yang menggunakan Kangkong satu ketika dahulu.

Jika sayuran itu ditemui maka pihak berkuasa akan merampas, menghapuskan dan memusnahkan tumbuhan ini.

“Saya tidak tahu mengapa orang asal menanam tumbuhan itu pada mulanya.

“Ia boleh menjadi tumbuhan yang mengganggu. Walaupun [ditanam] belakang rumah, jika terlalu lama ia boleh mengambil alih seluruh laman anda dalam masa kurang dari beberapa tahun.

“Tumbuhan ini sangat sukar untuk dibuang,” ujar Pakar Pertanian dan Sumber Asli di Universiti Arizona, Andrew Brischke.

Baca juga: Bahana lupa matikan ‘charger’, bayi 8 bulan maut lepas kunyah wayar pengecas