Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat malam tadi menempelak sekumpulan guru yang menengking anak saudaranya sebegitu rupa di depan orang ramai.
Pempengaruh itu yang bersiaran langsung di tiktoknya berkata Lisa dibesarkan oleh adiknya Mastika dalam keluarga yang tidak sempurna.
“Dia anak yang kurang kasih sayang, dibesarkan dalam keluarga tidak sempurna. Faham tak keluarga tidak sempurna, tiada ayah hanya dibesarkan oleh ibu.
“Anak buah saya cerita cikgu itu marah berbeza dengan orang lain marah, siap tengking dan tunjuk depan muka lagi. Dia tak pernah dibesarkan oleh ayah, dia mesti sedih,” katanya.
Tambah pempengaruh itu lagi, dia tidak akan berdiam diri dalam isu tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru-guru yang terlibat.
“Kau boleh rakam lagi, kau memang cari masalah dengan mak cik dia pula, sekarang ini mak cik dia tak puas hati. Kau tunggu,” katanya.
Sajat menggesa pihak kementerian dapat mengambil tindakan keras kepada guru yang terlibat membuat anak saudaranya sebegitu rupa. Dia juga berharap guru tersebut ditukarkan ke sekolah lain, bukan anak saudaranya yang ditukar.
baca: Pembida hilang, lelongan kali kedua aset Sajat 22 Disember