Mangsa gangguan seksual tidak mengenal jantina kerana sesiapa sahaja, tanpa mengira lelaki atau perempuan, boleh menjadi sasaran perlakuan tidak bermoral ini.
Walaupun kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan wanita, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa.
Penyanyi baru, Rezza Shah mengakui lebih selesa bergerak solo tanpa bantuan pengurus selepas menjadi mangsa penipuan melibatkan wang.
“Ya untuk sekarang memang tak ada bekerjasama dengan pengurus lama, susah bila bekerja dengan orang yang berhutang sana sini, tak professional.
“Selalu pegang aku, dia anggap aku ni macam anak dia lah padahal kau nak menggedik kau rasa diri kau tu perempuan padahal kau tu lelaki dah tua
“Kau sendiri dah kotorkan nama artis sendiri sampai artis yang kena tagih, cari hutang daripada orang yang kau berhutang tu ha. Habis duit payment aku pun senyap je selalu bila dah masuk.
“Ni takkan duit share partner business masa bulan puasa haritu pun kau nak rembat,” kongsinya di Instagram story.
Menurut Kosmo! Online bukan hanya masalah wang tapi Rezza mengakui dirinya menjadi mangsa gangguan seksual bekas pengurusnya.
“Paling saya tidak selesa apabila saya sering terkena gangguan seksual olehnya. Saya sering dicium di hadapan orang, dipeluk dari belakang dan dipegang di tempat yang tidak sepatutnya dipegang.
“Dia selalu nak betulkan seluar saya bila saya bersiap untuk buat persembahan,” luahnya seperti dipetik Kosmo! Online.
Jelasnya, dia hanya mahu fokus akan kerjaya dan berkarya atas nama sendiri tanpa mencampur hal peribadi.
“Saya memang tak suka bila kerjaya saya dicampur-adukkan dengan masalah yang tidak sepatutnya seperti ini. Saya ikhlas nak berkarya atas nama dan hati saya sendiri.
“Jadi sekarang saya memang nak fokus dengan kerja dan hidup baharu. Saya tak mahu lagi ditindas.
“Saya ada prinsip. Maaf saya terpaksa dedahkan perkara ini sebab saya perlu jaga kesihatan mental saya,” kongsinya.
Baca juga: ‘Kalau tiada siapa bantu entahlah…’, kisah sekeluarga hanya mampu besarkan anak-anak atas perahu