Presiden parti MyPPP Tan Sri M.Kayveas menyokong Pas bekerjasama dengan Umno demi perpaduan kaum dan kestabilan politik di negara ini.
Beliau berkata penyatuan kedua-dua parti politik itu dapat mengukuhkan perpaduan terutama dalam masyarakat Melayu bagi memacu negara ke tahap yang lebih maju pada masa akan datang.
“Kalau boleh Pas, PKR, semua bersatu-padu demi kestabilan politik negara. Kalau orang Melayu sendiri tidak bersatu-padu, mereka akan kehilangan kuasa politik di masa hadapan,” kata Kayveas yang menyatakan MyPPP akan terus bersama-sama Barisan Nasional (BN).
Katanya politik negara juga bakal berdepan situasi kucar-kacir sekiranya tiada perpaduan dalam setiap kaum.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil penghargaan kepada barisan sukarelawan di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB)hari ini.