KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN

Oleh MALAYSIADATELINE

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021, mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN, kata Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam).

Selain itu, pertumbuhan KDNK bagi suku keempat 2022 diunjurkan mencapai 5.7 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata ia merupakan unjuran yang lebih baik walaupun kemelut politik yang bermula pada awal 2020 dan reda pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November tahun lepas berakhir dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Tambahan pula, ringgit mencapai paras tertinggi, RM4.746, pada awal November 2022 disebabkan oleh peningkatan kadar faedah dan perbezaan hasil bon.

“Kami berpendapat bahawa pertumbuhan positif itu disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik dan pemulihan lebih kukuh dalam pasaran buruh selain daripada faktor kesan asas rendah,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firdaos berkata walaupun ekonomi Malaysia akan terus berkembang tahun depan dalam persekitaran kelembapan global, kemelesetan ekonomi dijangka tidak berlaku kerana asas makroekonomi negara kekal kukuh.

Baca Artikel Penuh