Kecam harga babi turun, lelaki ini disekolahkan warganet

Oleh KIM SYAZIE

Masih tidak habis dengan isu harga babi diturunkan, lelaki ini mengecam tindakan kerajaan menurunkan harga babi bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Sebelum ini media melaporkan bagaimana babi hidup kawalan peringkat ladang sahaja dijual pada harga RM15 sekilogram.

Ini adalah antara lapan jenis barangan diwartakan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Tahun Baharu Cina 2023 yang akan berlangsung selama 15 hari berkuat kuasa dari 15 hingga 29 Januari.

Namun pengguna Twitter yang digelar walaun ini dikatakan masih lagi tidak berpuas hati susulan isu tersebut.

“Wahh dengan bangganya dia umum harga baru babi selepas dapat bawa masuk ke parlimen. 

“Tahniah! Inilah Kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan bangga pamer harga daging Babi RM15 sekilo lebih murah dari daging lembu. Sampai sekarang ayam dan telur pun masih mahal,” ciapan walaun tersebut.

Baca Artikel Penuh