‘Kecek’ Kelantan terus kena tolak, lelaki gagal buat pinjaman kerana jurujual pilih bulu

Oleh KIM SYAZIE

Seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Pantai Timur kecewa apabila hasratnya mahu memiliki motor tidak kesampaian atas alasan yang tidak munasabah.

Hanya kerana dia bertutur dalam dialek Kelantan, jurujual yang dihubunginya melalui aplikasi Whatsapp bertindak menolak untuk berurusan dengannya.

Apa yang membuatkan lelaki itu hampa, jurujual tersebut membuat keputusan tanpa berjumpa secara berdepan terlebih dahulu.

Sebagai bukti dirinya menjadi mangsa diskriminasi, pemuda tersebut turut memuat naik ‘voice note’ atau mesej suara dari wanita itu.

“Maaf tanya, encik orang Kelantan ke? Encik, pihak pinjaman tidak terima orang Kelantan, minta maaf ya,” ujar wanita itu.

@buzy24hour

Habis la lepasni orang klantan susah dah nak buat loan😂😂😂

♬ bunyi asal – Perantau – F@S

Keresahan tersebut diluahkannya dalam bentuk video di TikTok dengan kapsyen ‘Habislah selepas ini orang Kelantan susah dah nak buat loan (pinjaman).

Setakat ini, hantaran yang dimuat turun oleh @buzy24hour itu telah ditonton oleh 243,700 pengguna dan menerima lebih 8 ribu tanda suka.

Rata-rata pengguna TikTok berpendapat sesetengah warga Kelantan yang ‘culas’ membayar pinjaman mungkin membuat penjual kenderaan bertindak sedemikian.

Ada juga yang mencadangkan pengadu untuk membeli motor di Kelantan sahaja agar urusan pembelian dan pinjaman dapat berjalan dengan lancar.

Baca juga: Sanggup suruh mualaf buka tudung untuk jadi model, Maryam terus tolak tawaran