Kecewa dengan krew kabin, Zarul Umbrella ingatkan semua penumpang perlu dilayan sama rata

Oleh MAISARAH AISYA

Perkongsian pelakon Fasha Sandha berkaitan layanan diberikan oleh seorang kabin krew mendapat perhatian ramai terutama di kalangan selebriti.

Meskipun dengan status yang berkemampuan, pastinya ramai akan cuba berjimat cermat ketika menaiki kapal terbang dek kerana harga pada musim perayaan adalah lebih mahal.

Disebabkan itu, bekas pramugara dan juga pelakon Zarul Umbrella meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang terjadi.

“Sebagai bekas cabin crew saya agak kecewa dengan standard layanan sebegitu, semua ccrew diajar untuk layan dan served penumpang sama rata.

“Tak kira penumpang economy, bisnes class atau first class, malah pekerja asing pun patut dilayan sama rata dengan warganegara.

“Apatah lagi status orang kenamaan dan selebriti,” kongsinya di Instagram.

Pada masa sama, Zarul berkongsi pernah berjumpa Ahli Politik, Khairy Jamaluddin semasa beliau masih aktif dalam dunia politik duduk di kelas perniagaan.

“Seingat saya masa saya bertugas selalu saya nampak KJ duduk ekonomi sahaja, buatkan saya lagi hormat walaupun dia Yang Berhomat (YB) masa tu,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zatul berterima kasih kepada Fasha kerana memuat naik isu itu dan berharap kabin krew terlibat dapat mengambil pengajaran.

“Terima kasih Fasha sebab naikkan isu ini dan harap pihak berkenaan dapat ambil tindakan.

“Kepada krew tu nasihat saya ambil ini sebagai ikhtibar, InsyaAllah satu hati nanti awak akan jadi krew kabin yang baik,” tambahnya.

Baca juga: Betul ke ‘trend’ joget minta duit raya ikut kaum Yahudi? Rupanya ini asal usul tarian tular