Kecewa jalan berlubang, ketua polis turun padang tampal guna duit sendiri 

Oleh KIM SYAZIE

Seorang ketua polis bertindak menampal jalan dengan wang miliknya sendiri gara-gara kecewa dengan keadaan jalan yang rosak dan tidak pernah dibaiki.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bengkulu Utara, wilayah Bengkulu, Indonesia.

Dilaporkan, Ketua Polis Padang Jaya, Inspektor Polis Satu Ratno menjadi perhatian ramai selepas klip video beliau menampal jalan tular di media sosial negara itu. 

Ratno menggunakan duit sendiri untuk membeli bahan seperti batu, pasir serta simen untuk membaiki jalan raya berlubang dan rosak.

Jalan di daerah tersebut dikatakan tidak pernah dibaiki oleh pihak berkuasa tempatan sehingga menyebabkan banyak kemalangan berlaku.

Menurut Timbalan Ketua Polis Bengkulu Utara, Komisioner Polis Kadek Suwantoro, ini bukan kali pertama Ratno membaiki jalan rosak, sebaliknya beliau berkali-kali berbuat demikian sejak setahun lalu.

Katanya, Ratno kecewa melihat banyak jalan berlubang di daerah Bengkulu Utara yang kerap menjadi punca nahas jalan raya terutamanya melibatkan pelajar. 

Baca juga: PDRM ambil tindakan tegas, beku ratusan akaun keldai bernilai RM32 juta