Kecoh pelakon ‘hilang’ di Manila, rupanya hanya taktik pemasaran

Oleh KIM SYAZIE

Kecoh semalam apabila pelakon Malaysia dikatakan hilang selepas menghadiri majlis malam gala sebuah filem baru di Manila, Filipina.

Dalam satu kenyataan, Netflix Malaysia berkata berita yang tersebar mengenai kehilangan Iedil Putra adalah sebahagian promosi pemasaran.

“Kami menghargai kebimbangan dan pertanyaan anda mengenai siaran dalam talian baru-baru ini mengenai kehilangan Iedil.

“Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran.

“Iedil kini selamat dan sihat,” kata Netflix Malaysia dalam kenyataan tersebut.

Netflix Malaysia turut membuat permohonan maaf atas kekeliruan dan kebimbangan orang ramai disebabkan kempen promosi tersebut.

Warganet berang melihat Netflix Malaysia menggunakan isu besar seperti ‘hilang’ untuk taktik pemasaran.

“Menggunakan perkataan ‘hilang’ untuk orang sebenar sebagai promosi adalah langkah kurang bijak, ramai yang risau tentang kehilangan pelakon tersebut.

“Suadah sampai masa untuk berhenti melanggan Netflix. Ada had untuk apa yang boleh dianggap sebagai strategi pemasaran, dan ini bukan gurauan malah tidak kelakar.

“Gimik orang hilang adalah sangat teruk. Baru berusia 12 tahun ke?,” antara komen warganet di Twitter.

Baca juga: Pegawai polis telan wang kertas RM556, panik kena serbu ketika minta rasuah