Kecoh SPRM bongkar penemuan stor simpanan arak mewah di kediaman milik Tan Sri

Oleh KIM SYAZIE

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui sebuah stor yang menyimpan pelbagai jenis arak mewah di salah sebuah kediaman milik Tan Sri.

Menurut laporan media semasa, jumlah kesemua arak yang ditemui bernilai RM3 juta.

Penemuan itu susulan siasatan membabitkan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut laporan terbaru, enam kediaman mewah dan sebidang tanah lot dipercayai milik Tan Sri yang tidak dinamakan itu dengan anggaran bernilai RM12 juta, telah disita SPRM.

Difahamkan, sitaan berkenaan hasil serbuan dijalankan pasukan Bahagian Siasatan SPRM di enam kediaman milik pemegang konsesi itu yang terletak di ibu negara.

Sumber berkata, dalam serbuan itu SPRM turut menemui kuda mewah bernilai ratusan ribu ringgit yang disyaki dibeli menggunakan wang sukuk.

Sumber berkata, SPRM dijangka memanggil sekurang-kurangnya 30 hingga 50 orang saksi lagi untuk membantu siasatan kes itu.

Baca juga: Chazynash minum petang dengan Ketua Polis Perlis, cari pemilik akaun sebar fitnah curang