Kedai makan tiba-tiba turun harga, ramai kata sebab ‘tempias’ Menu Rahmah

Oleh KIM SYAZIE

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut mengetahui beberapa kedai makan yang tidak terlibat dengan program Menu Rahmah, turut menurunkan harga makanan di premis perniagaan mereka.

Penurunan harga makanan di kedai-kedai difahamkan kerana ‘tempias’ Menu Rahmah yang mula beroperasi di seluruh negara di 15,000 restoran sejak kelmarin.

Seperti yang dikongsi seorang pengguna Twitter @Injang_Nation, dia menyedari terdapat penurunan harga selepas menu yang biasanya dicaj sekitar RM8 hingga RM9, namun hari ini tidak sampai RM7 pun.

Baca Artikel Penuh