Kedai serbaneka ditutup lepas jual sanwic ‘ham & cheese’? Ini adalah 12 istilah merujuk kepada khinzir!

Oleh MALAYSIADATELINE

Tular mengenai seorang pelajar di Universi Malaya menemui produk makanan ‘Ham & Cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Produk makanan tersebut juga didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) lapor Kosmo! Online.

Dalam kenyataan diberikan oleh Jakmi, hasil pemeriksaan juga mendapati syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.

Pemeriksaan terhadap produk itu dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu.

UM bertindak menutup serta-merta dua premis jualan runcit 24-jam dalam kampusnya susulan penemuan produk pek ‘sandwich’ tersebut.

Umum sedia tahu istilah seperti pork, ham itu merujuk kepada babi, tapi masih ada istilah yang tidak diketahui ramai.

Ikuti perkongsian menerusi Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menerangkan mengenai istilah makanan merujuk kepada babi.

Ini adalah istilah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada haiwan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

1. Pork – Daging babi di dalam masakan

2. Swine – Untuk keseluruhan spesies babi

3. Hog – Babi dewasa berat melebihi 50 kg.

4. Boar – Babi hutan/liar

5. Lard – Lemak babi untuk membuat minyak/sabun

6. Bacon – Daging babi salai

7. Ham – Daging babi bahagian paha

8. Sow – Babi betina dewasa

9. Sow milk – Susu babi

10. Pig – Babi muda berat kurang 50 kilogram

11. Porcine – Sesuatu yang berasal dari babi dan selalu digunakan bagi istilah saintifik.

12. Pig feet atau trotters – Kaki babi, kebiasaan ditemui dalam masakan China dan Barat.

Baca juga: PM umum naikkan peruntukan bola sepak kepada RM30 juta, harap TMJ juga membantu