Kelantan catat peningkatan tertinggi jumlah penagih baru

Oleh ARIF ATAN

 

Jumlah peratusan penagih dadah baru paling tinggi dicatatkan di Kelantan iaitu 2,822 orang sepanjang 2017.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, angka tersebut menjadikan seramai 3,700 penagih dadah direkodkan di Kelantan.

“Jumlah dikumpulkan ini turut membabitkan 878 penagih berulang tetapi Pulau Pinang mempunyai jumlah penagih paling ramai berikutan bilangan penagih berulang meningkat sebanyak 2,383 individu,” dipetik dari Harian Metro.

Abd Halim berkata, Pulau Pinang mempunyai 3,844 penagih dadah dan bilangan itu termasuk penagih baru.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli komuniti untuk sama membantu AADK memerangi penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Masyarakat di kawasan kejiranan lebih mengetahui di mana ‘port’ dadah, lokasi melepak anak muda dan kawasan yang cenderung untuk berlaku penyalahgunaan dadah.

“Jika kita membabitkan masyarakat, nisbah kejayaan akan meningkat. Formula ini yang kita ambil,” tambah Abd Halim lagi.