‘Keling’ bukan istilah rasis, pemuda berbangsa India tidak anggap ia berunsur hinaan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda berbangsa India tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah rakyat Malaysia yang melabel perkataan ‘Keling’ sebagai panggilan sensitif.

Menurut Suman Sivan, gelaran Keling adalah perkataan biasa yang diguna pakai sejak lama dan tidak berunsur hinaan.

Katanya, penggunaan perkataan keling dalam bahasa Melayu adalah berunsurkan tamadun dan sebahagian dari sejarah negara kita.

Tambah Sivan, isu itu sebenarnya dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menggugat keselamatan negara ini.

Peka isu ini sering menimbulkan pergaduhan, Sivan berharap rakyat Malaysia lebih banyak mengkaji sejarah negara.

Pendapatnya yang tular itu disampaikan di dalam video menerusi laman media sosial TikTok di mana setakat ini telah menerima 15,000 tanda suka.

Baca Artikel Penuh