Sejak semalam tular video memaparkan seorang peniaga merendam bahan jualannya di dalam sebuah bekas seperti tong sampah.
Perkara itu tular di aplikasi X sehingga menjadi bualan ramai kerana peniaga terbabit tidak mematuhi peraturan penyimpanan dan penstoran makanan yang dijual. Bahkan tong hitam tersebut bukan bergred makanan.
Meskipun tong sampah tersebut mungkin digunakan khas untuk merendam sotong dan bukan untuk buang sampah seperti didakwa peniaga, namun tong berkenaan dikhuatiri boleh menjadi penyebab kualiti makanan terjejas.
Pemegang akaun @heyizwanizzat turut menyuarakan kebimbangannya dengan penggunaan tong berkenaan.
“Dia (peniaga) guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapannya, sebab ramai yang buat macam tu, tak jadi masalah.
“Agak geram jugalah dengan jawapan dia terutamanya dalam bab penyediaan makanan macam ni. @KKMPutrajaya boleh dah jalankan tugas,” luahnya di X.
Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian daripada KKM.
“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” balasnya.

Sementara itu memetik Sinar Harian, peniaga lelaki berkenaan ada membuat penjelasan dalam satu video berasingan yang berdurasi 59 saat
“Rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahu itu tong sampah sebab tak ada tulis kan. Main beli je dekat kedai. Kedai pun tak pesan pula, itu tong sampah.
“Saya pakai je lah sebab ramai yang lain pun pakai juga tong tu isi air untuk mandi. Bagi saya, tak ada masalah kot kalau rasa benda tu kotorlah, tak bersih.
“Tak apa kalau awak anggap macam tu sebab tong tu bukan saya isi sampah,” jelasnya.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru malam tadi, difahamkan peniaga terbabit telah pun membeli bekas khas untuk rendamannya jualannya serta turut membuat permohonan maaf.
Namun ada saranan dari orang ramai agar KKM meneruskan siasatan dan menasihatkan peniaga tersebut untuk menduduki kursus pengendalian makanan.
Baca juga: Baru tahu aplikasi dan perisian pun boleh mula diboikot, ada pertalian dengan Israel!