Kemenangan Padang Serai harus bersama kerajaan Pusat

Oleh KIM SYAZIE

Kemenangan Parlimen Padang Serai pada bulan Disember ini harus seiring dan bersama dengan kerajaan Pusat. 

Malahan kata Naib Presiden AMANAH, Datuk.Wira Mahfuz Omar, Padang Serai tidak boleh terpisah daripada apa yang sedang berlaku di peringkat pusat dan kemenangan bagi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mampu membawa perubahan bagi pengundi kawasan tersebut. 

“Pengundi Parlimen Padang Serai harus pilih calon PH supaya hubungan dengan kerajaan Pusat akan lebih mudah bagi manfaat dan kebaikan rakyat dalam kawasan ini.

“Mandat yang diberikan ini akan memberi banyak kebaikan bukan sahaja kepada penduduk dalam kawasan Padang Serai tetapi juga pelbagai kemudahan yang diperlukan ekoran wakil rakyat adalah daripada kerajaan Pusat yang sedang memerintah. 

“Pengundi kawasan Padang Serai diingatkan  supaya lebih peka dan sedar serta menolak parti-parti lain selain PH menjelang PRU kali ini.

“Calon dari parti yang sering membuat fitnah dan tidak sehaluan dengan kerajaan Pusat sudah sepatutnya ditolak kerana ia tidak mampu untuk membawa perubahan maupun membela nasib rakyat, ” ujar beliau ketika ceramah Jelajah Ayuh Malaysia di Taman Mutiara, Sungai Kob, Padang Serai malam tadi.