Kemunculan ranggi Ning Baizura lepas lama menyepi mengejutkan peminat, steady buat persembahan di usia 48 tahun

Oleh KIM SYAZIE

Lama tidak mendengar khabar pelantun lagu Awan Yang Terpilu iaitu Ning Baizura yang bertahun-tahun sepi dari tatapan media.

Pada konsert Borneo Sonic Music Festival 2023 yang berlangsung Jumaat lalu, penyanyi soprano itu membuat kemunculan luar biasa sehingga mengejutkan rata-rata peminatnya di Kuching Sarawak.

Rakaman video Ning menyanyi dan menari di atas pentas tular di laman sosial dan dipuji kerana memberikan persembahan bertenaga meskipun usianya sudah mencecah 48 tahun.

Tidak hanya itu, penampilan ranggi Ning mengenakan seluar koyak, baju berjaring dan kasut but turut menjadi bualan ramai.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen kagum dan terkejut dengan persembahan bertenaga yang ditunjukkan Ning itu.

Malah ada juga yang berseloroh tentang penampilannya dilihat seperti artis luar negara.

“Terperanjat aku! Ingatkan Demi Lovato ke Doja Cat ke yang singgah Kuching tadi”

“She’s back. Walau dah 48 tahun masih steady”

“Fuhh, Kak Ning lincah dan bertenang. Cuma pakaian dia macam ahli gusti sikit”

“Suka Kak Ning yang dulu tapi sekarang macam makin pelik, kena kejutan budaya ke ini?,”antara komen netizen.

Sementara itu, Ning menerusi Instagram meluahkan rasa gembira kerana dapat menghiburkan peminat pada malam itu.

“Detik seperti ini menjadikan semuanya berbaloi! Terima kasih atas kasih sayang,” kongsinya.

Selain Ning, konsert yang berlangsung selama dua hari satu malam itu turut menampilkan fatman Scoop, Andi Bernadee, Majin, Taeyang, Dolla, Suho dan ramai lagi.

Sebelum ini menerusi sebuah temu bual bersama mStar Ning memaklumkan dirinya tidak terkesan dengan kecaman hebat netizen terhadapnya penampilan seksinya.

Katanya pengalaman lebih 30 tahun dalam industri seni membuatkan dia lali dengan kecaman dan lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri.

Baca juga: Nampak sahaja kecil tapi ada banyak kelebihan, ini khasiat telur burung puyuh yang ramai tak tahu