Kenapa anak TMJ duduk di tengah antara Sultan Johor dan Permaisuri? Ini fakta yang anda patut tahu

Oleh WAN SITI AMINAH

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini telah menyambut ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-65 pada 22 November lalu.

Dalam majlis istiadat di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru itu, baginda bertitah akan melepaskan tampuk pemerintahan negeri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hal ini kerana, Sultan Ibrahim bakal melaksanakan tanggungjawab baharu baginda selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada awal tahun hadapan.

Oleh yang demikian, baginda mengamanahkan Kerajaan Negeri Johor untuk memberi tunjuk ajar kepada Tunku Ismail yang bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan itu.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai dalam majlis istiadat itu adalah kedudukan kerusi milik Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Mana tidaknya, kedudukan Tunku Iskandar yang merupakan anakanda lelaki pertama Tunku Ismail itu telah diletakkan di tengah antara takhta Sultan dan Permaisuri Johor.

Baca Artikel Penuh