“Kenapa libatkan arwah isteri aku?” – Shuib cari lelaki biadab kaitkan kematian Siti Sarah dengan Freemason

Oleh KIM SYAZIE

Pelawak dan penyampai radio, Shuib meluahkan rasa bengang terhadap seorang lelaki yang secara biadab mengaitkan kematian arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin dengan agenda Freemason.

Individu tersebut menerusi hantaran di Facebook berkata, arwah Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan atas alasan kononnya Shuib mahu membuktikan kepada ibu-ibu mengandung bahawa mereka berisiko tinggi untuk maut jika tidak mengambil vaksin.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad kemudian memuat naik hantaran di Facebook mengatakan akan memulakan tindakan undang-undang terhadap tuduhan jahat individu berkenaan.

Dia juga memberitahu ingin bertemu sendiri dengan individu terbabit dalam tempoh 24 jam dan memberi amaran bahawa peguamnya sedang menjalankan tugas untuk mengambil tindakan terhadapnya.

“Banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini yang mana tulisannya terlalulah hebat dan berani.

“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku Siti Sarah. Freemason? Apa yang kau tahu? Mari cakap depan-depan aku,” tulisnya.

Tulisnya lagi, organisasi itu menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.

Kenyataan individu itu dibuat berdasarkan sekeping gambar Shuib bersama isteri baharunya, Watie yang menutup sebelah mata masing-masing seperti simbol yang dikaitkan dengan organisasi tersebut padahal gambar itu merupakan iklan untuk sebuah kedai barang kemas.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya, Ayash Affan.

Baca juga: Tiktoker datang kedai nak ‘review’ makanan, wanita berang ayah diminta bayar RM1,800 untuk viral