“Kenapa rumah baba dengan mommy tak sekali” – Soalan Jebat buat Sharnaaz terdiam

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi pasangan yang sudah bercerai pastinya sukar untuk menjelaskan kepada anak-anak tentang mengapa mereka sudah tidak tinggal bersama.

Begitulah soalan Jebat Jayden kepada bapanya yang juga pelakon Sharnaaz Ahmad tentang mengapa dia dan Noor Nabila tidak tinggal sebumbung.

“Kenapa rumah mommy tak ada baba, kenapa baba ada rumah sendiri, kenapa rumah tak together (sekali),” soal Jebat yang dipanggil baby oleh Sharnaaz.

Usai mendengar soalan tersebut, Sharnaaz tenang menjawab persoalan anak lelakinya itu dan menjelaskan tentang hubungannya bersama bekas isteri, Nabila.

“Sebab mommy dan baba sudah berpisah. Disebabkan itu mommy kahwin lain sebelum ini.

“Tapi baba tidak kahwin lain. Ada teman wanita sahaja. Sebab takut nak kahwin.

“Tunggulah baby,besar sikit nanti barulah baba kahwin semula,” jawab Sharnaaz.

Bagi Sharnaaz walaupun soalan tersebut dilihat tajam, dia akan tetap memberi penjelasan buat anaknya.

“Anak baba dah besar, soalan dia makin tajam ya kawan-kawan. Tak apa nak baba memang sempoi dan sangat memahami.

“Kita mungkin hidup berasingan tapi dalam hidup baba hanya ada kamu, baba sayang kamu Jebat,” ujar Sharnaaz di ruangan kapsyen.

Disebalik kecomelan soalan itu, rata-rata netizen faham anak seumurnya pasti masih tidak memahami konsep penceraian.

Baca juga: Bagi alasan tak nak bergaduh di sosial media, Ruhainies akhirnya minta maaf dengan Bella Astillah