Baru-baru in tular gambar suami kepada seorang pelakon wanita berbaju putih dipercayai di majlis pernikahan bersama wanita lain.
Ini menimbulkan tanda tanya orang ramai yang ingat pasangan tersebut masih berkahwin sedangkan sudah bercerai tahun lalu.
Memetik Harian Metro, bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd tampil menjawab segala spekulasi yang timbul.
“Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.
“Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’. Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Tambahnya dia juga ingin memperbetul salah faham yang timbul selepas berkongsi gambar bernikah dengan wanita dikenali sebagai Fiza.
Pernikahan bersama Fiza juga tidak mengambil masa lama kerana sudah berbincang untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama.
“Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak.
“Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.
“Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami.
“Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya,” katanya.
Pada masa sama, Redza memohon agar semua pihak menghormati privasi dan sensitiviti setiap ahli keluarganya.
“Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya.
“Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-Allah,” katanya.
Baca juga: Sehari boleh jual 400 hidangan, rakyat Malaysia raih pendapatan lumayan jual nasi lemak di Shanghai