Umno yakin rakyat akan menyokong penuh ‘total lockdown’ sebagaimana yang diumumkan perdana menteri semalam tetapi mereka juga menuntut agar “moratorium automatik”.
Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, ini kerana bank-bank tetap untung ketika PKP dikenakan.
“Insya-Allah rakyat akan memberi sokongan penuh keputusan kerajaan melaksanakan “Total Lockdown”.
“Pengalaman PKP 1.0 sudah ada. Justeru laksanakan juga “moratorium automatik”.
“Kerajaan mesti tegas dalam isu ini kerana bank bank tetap untung di waktu PKP ini,” tulis beliau menerusi Facebook.
Antara bank yang mencatatkan keuntungan adalah Public Bank catat untung RM1.529 bilion, Maybank (RM2.39 bilion), Hong Leong Bank (RM2.17 bilion) dan RHB Bank (RM650.39 juta).