PENDAPAT: Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin terserlah setelah gagal menangani banyak pemasalahan dalam negara seperti kenaikan harga barangan keperluan asas, isu sempadan negara diceroboh oleh negara asing, isu penularan Covid-19, kelembapan perolehan vaksin kepada rakyat, isu pengangguran dan banyak lagi.
Tidak perlu dibandingkan negara kita dengan negara-negara jiran yang lain dalam menangani sesuatu masalah sedangkan kerajaan kita mempunya 70 menteri dan timbalan menteri yang mempunyai tanggungjawab mengikut protfolio masing-masing.
Persoalan yang sering ditimbulkan, adakah seramai 70 menteri dan timbalan menteri ini tidak mempunyai sebarang idea atau cadangan yang patut dikemukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat?
Setelah setahun lebih negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19 sehingga Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dilaksanakan sebanyak 3 kali serta darurat yang dikatakan darurat kesihatan juga turut diumumkan, kes jangkitan wabak semakin menunjukkan peningkatan sehingga mencecah 8000 kes.
Apakah kerajaan PN tidak mempunyai perancangan jangka panjang selain memperketatkan SOP yang sering berubah-ubah sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat?
Jangan hanya menunding jari kepada rakyat sahaja dalam isu pelanggaran SOP kerana terdapat juga segelintir daripada para pemerintah yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri. \
Adakah SOP yang dilaksanakan ini hanya berkuatkuasa kepada rakyat sahaja?
Sekiranya kerajaan PN tidak mampu menggalas tanggungjawab, letak jawatan dan serahkan kepada mereka yang lebih layak untuk memegang jawatan.
Jangan disebabkan ketamakan harta dan pangkat, nyawa rakyat menjadi taruhan.