Aktiviti perlombongan perlu patuh piawaian antarabangsa selepas tempoh monetarium

Oleh MALAYSIADATELINE

Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit terdiri daripada 25 NGO, wakil rakyat dan wakil penduduk mengadakan mesyuaratnya semalam.

Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit akan menyiapkan garis panduan amalan terpuji antarabangsa ( International Best Practise) dalam memastikan perlombongan bauksit tidak dimulakan semula, melainkan syarat-syarat piawaian itu dipatuhi.

Dimaklumkan garis panduan International Best Practise ini merangkumi aspek prosedur melombong, mengangkut tanah bauksit, mencuci tanah bauksit, stockpile dan juga prosedur mengekspot.

Gabungan itu berpendapat walaupun ada  International Best Practise di dalam perlombongan bauksit yang boleh diikuti, namun adalah agak mustahil untuk dilaksanakan memandang lokasi kedudukan bauksit di Kuantan yang berada di kawasan dekat dengan kegiatan manusia dan saliran air.

Pengerusinya Fuziah Salleh berkata, bagaimanapun gabungan itu bertekad terus menentang pencemaran bauksit demi mempertahankan ekonomi tempatan dan melestarikan Kuantan.

“Kami ahli gabungan telah bersetuju sebulat suara bahawa kami komited untuk terus menentang perlombongan bauksit yang tidak terkawal, mempertahankan ekonomi tempatan seperti perikanan dan pelancungan yang kini tergugat, serta mendesak pemuliharaan alam sekitar.

“Gabungan juga menyatakan dengan setegas tegasnya bahawa sekiranya Best Practise ini tidak dapat dipatuhi, maka risikonya terlalu tinggi buat warga Kuantan dan aktiviti perlombongan bauksit ini tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bermula semula,” ujar Ahli Parlimen Kuantan dalam kenyataannya hari ini.

Gabungan Badan Bertindak Mencegah Pencemaran Bauksit terdiri daripada 25 NGO, wakil rakyat dan dan waki penduduk mengadakan mesyuarat semalam untuk memastikan kerajaan negeri dan agensi terbabit mengembalikan semula kelestarian alam sekitar yang terjejas dengan aktiviti perlombongan bauksit disekitar Kuantan.

Tempoh moratorium selama tiga bulan yang di umumkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang berkuatkuasa pada 15 Januari ini akan di gunakan sepenuhnya, oleh gabungan badan ini untuk memantau Kerajaan Negeri didalam memastikan Kerajaan Negeri ‘tidak’  memulakan semula aktiviti perlombongan melainkan setelah kriteria amalan terbaik  dalam piawaian perlombongan bauksit dipatuhi.

Justeru dalam mesyuarat diadakan itu pihak gabungan telah mengambil beberapa tindakan lain selain mencadangkan piawaian antarabangsa itu.
1. Menyiapkan garis panduan amalan terpuji antarabangsa -International Best Practise.

2. Gabungan ini komited untuk memperjuangan kelestarian ekonomi tempatan yang telah wujud sekian lama iaitu industri perikanan dan industri pelancungan. Bauksit mungkin habis dalam beberapa tahun lagi dan selepas itu Kuantan tidak boleh kembali kepada asal.Ekonomi tempatan mungkin berkubur dan ini tidak boleh di benarkan.

3. Gabungan mengambil langkah memulakan kempen mengembalikan kehijauan Kuantan didalam satu kempen #RedToGreen.

4. Gabungan akan mengembelingkan tenaga pakar yang membantu perjuangan gabungan serta juga tenaga sukarelawan dengan mewujudkan satu CITIZEN’s WATCH Grp yang akan bertindak sebagai mata dan telinga didalam memastikan pihak berkuasa membersihkan kesemua kawasan stockpile yang wujud diluar Pelabuhan Kuantan.Pasukan ini juga akan membantu didalam memastikan perlombongan bauksit tidak dimulakan semula melainkan syarat ketat Best Practise di patuhi.