Kerajaan Perpaduan sedia asas kukuh untuk kestabilan ekonomi

Oleh MALAYSIADATELINE

Kerajaan perpaduan baharu Malaysia, dengan menumpukan pembaikan politik, akan menyediakan asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan kestabilan ekonomi pada tahun ini walaupun terdapat kebimbangan mengenai kemelesetan dalam kalangan negara-negara membangun, kata ahli ekonomi Prof Marc Lim.

Lim, dekan Sunway Business School, berdasarkan keyakinannya terhadap asas makroekonomi negara yang kukuh dan pembukaan semula rakan dagang terbesar Malaysia, China, yang menjalankan 20 peratus daripada perdagangannya pada 2021.

Terdapat juga peluang untuk eksport lebih tinggi ke pasaran yang telah diperluaskan berdasarkan 10 negara termasuk Malaysia yang telah meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), katanya kepada Bernama TV pada program ‘The Brief’ baru-baru ini.

Tidak kurang pentingnya ialah perbelanjaan infrastruktur yang teguh oleh kerajaan untuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Lebuhraya Pan Borneo selain kepelbagaian ekonomi yang terdiri daripada pembuatan, perkhidmatan, pelancongan organik dan galakan dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata Malaysia perlu melabur untuk menambah baik infrastrukturnya, seperti jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan telekomunikasi, untuk menghubungkan negara dengan lebih baik serta memudahkan perdagangan dan pelaburan.

Bagi memacu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, katanya kerajaan dan sektor swasta perlu meningkatkan perbelanjaan, yang dalam proses tersebut akan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan permintaan dan memacu perniagaan.

Baca Artikel Penuh