Kerajaan tidak berhasrat menetapkan harga siling bagi tambang penerbangan kerana ia akan memberi implikasi negatif kepada penumpang.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, langkah tersebut juga dikhuatiri akan menyebabkan syarikat penerbangan mengurangkan kapasiti penumpang.
Beliau berkata, sekiranya harga siling ditetapkan, ia akan membawa kesan negatif kepada penumpang di mana syarikat penerbangan mungkin akan mengurangkan kapasiti penerbangan mereka.
“Perkara ini sudah dibincang banyak kali, dan pada masa ini tidak ada perancangan untuk menetapkan sebarang harga siling tiket bagi syarikat penerbangan kerana mereka beroperasi berdasarkan harga yang dinamik.
“Jadi kalau kita letakkan harga siling, akan ada implikasi negatif kepada penumpang yang mana kapasiti mereka akan dikurangkan. Tiada syarikat penerbangan yang beroperasi yang mahu menanggung rugi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pengumuman penerbangan tambahan AirAsia sempena Tahun Baharu Cina di AirAsia RedQ, hari ini.
Justeru, beliau turut mengingatkan syarikat penerbangan agar dapat meningkatkan kekerapan penerbangan supaya tambang penerbangan boleh dikurangkan lagi pada masa depan.
“Dari segi harga, pastinya ada peningkatan setiap kali musim perayaan, namun bagi waktu-waktu lain harga tiket masih berpatutan.
“Sebab itu kita mengharapkan syarikat penerbangan menambah kekerapan penerbangan jadi harga tiket akan lebih mampu dibeli orang ramai,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya memahami kekangan dihadapi syarikat untuk menambah kekerapan penerbangan sedia ada.
“Kita faham, bukan semua syarikat penerbangan mempunyai lebih 100 pesawat, malah selepas pembukaan sektor ekonomi tahun lalu, ada syarikat yang masih beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti.
“Menuju ke hadapan, dengan peningkatan jumlah trafik, saya yakin semua syarikat akan beroperasi dengan kapasiti penuh