Kenyataan dikeluarkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerima kritikan pelbagai pihak apabila dilihat seperti masih tidak dapat menerima realiti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi, melihat kenyataan tersebut sebagai perang saraf.
“Kenyataan Presiden PAS kononnya kerajaan akan tumbang dlm masa terdekat hanyalah satu bentuk perang saraf untuk menggambarkan seolah-olah wujud ketidakstabilan politik.
“Apa yang nyata, pandangan beliau tiada asas. Realitinya, kerajaan amat kukuh dgn sokongan majoriti dua pertiga,” ujarnya.
Menurut Najwan, pentadbiran di bawah Perdana Menteri ke-10, Datul Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya mewujudkan kesepakatan dan keyakinan di kalangan parti-parti yang bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Pelbagai ikhtiar telah dilaksanakan PM Anwar untuk menetapkan semula hala tuju dan keutamaan kerajaan.
“Belanjawan 2023 yang dibentang turut membuktikan komitmen kerajaan untuk menangani masalah rakyat terkait kos sara hidup serta membasmi kemiskinan.
“Dasar luar negeri serta penghormatan yang dizahirkan oleh negara-negara lain juga semakin baik sejak Anwar menerajui kerajaan,” tambahnya.
Kenyataan Hadi Awang dilihat sebagai omongan kosong yang secara konsisten dengan naratif ‘kerajaan akan jatuh’ sejak Anwar berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Ini menunjukkan betapa beliau masih tidak dapat menerima realiti serta belum pulih daripada penyakit kemurungan politik,” katanya di Twitter.
Baca juga: Shahidan bikin Dewan Rakyat kecoh lepas gelar Sany ‘kera di hutan’