Kereta bernombor plat ‘1M’ terlihat di jalan raya UK rupa-rupanya milik Kerajaan Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah kenderaan dengan nombor plat kenderaan eksklusif “1M” menjadi perhatian ramai selepas ia dikatakan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan digunakan secara rasmi oleh Duta Besar Malaysia ke UK.

Plat ini bukan sekadar kombinasi huruf dan nombor biasa. Jika ia dilelong hari ini, nilainya boleh mencecah lebih £1 juta (RM6 juta).

Di UK, plat nombor peribadi boleh menjadi simbol status dan pelaburan bernilai tinggi.

Tidak pasti kenapa Plat ‘1M’ mahal, namun berdasarkan makluman ramai ini kerana ia bersifat eksklusif dan hanya ada satu di dunia.

Seperti yang didedahkan dalam video TikTok seorang individu dari negara itu, huruf M ini dikatakan mewakili Malaysia. Ia merupakan special issue kepada Kedutaan Malaysia di London, dan digunakan untuk kenderaan rasmi Duta Besar Malaysia ke UK.

Berapa Nilai Plat Nombor Paling Mahal di UK?

Untuk gambaran, beberapa plat nombor peribadi lain di UK pernah dijual pada harga luar biasa:

  1. 25 O – £518,000 (RM3.2 juta) – Digunakan pada Ferrari klasik.
  2. F1 – £10 juta (RM60 juta)
  3. 1M – Dianggarkan lebih £1 juta (RM6 juta) jika dijual.

Walaupun “1M” belum pernah dilelong, nilainya tetap tinggi kerana keunikan dan sejarah pemilikannya.

Bolehkah Plat 1M Dibeli?

Memetik TheVocket, plat ini tidak akan dijual kecuali kerajaan Malaysia secara rasmi melepaskannya—hampir mustahil berlaku.

Lagipun, ia menjadi identiti rasmi kedutaan Malaysia di UK sejak sekian lama.

Namun, jika ia tiba-tiba muncul dalam lelongan, pastinya akan menarik perhatian pembeli dari seluruh dunia, termasuk jutawan Malaysia yang mahu menambah koleksi eksklusif mereka.

Baca juga: Pengasas TikTok kini individu terkaya di China dengan kekayaan lebih AS$5.7 bilion