Kerja hantar barang sampai kena daki bukit, lelaki tak kisah, anggap berbaloi dengan gaji hampir RM22k

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap pekerjaan ada cabarannya tersendiri, baik tukang masak, doktor mahupun penghantar barang.

Nampak seperti senang sahaja kerja hantar barang, tapi ada risiko tersendiri kerana tak semua pembeli tinggal di atas tanah rata ada juga yang rumahnya di lereng bukit.

Buat pemuda dari Korea ini, dia memperoleh hampir 7 juta won (RM21.9k) sebulan hanya dengan menghantar barang kepada penduduk di sebuah pulau berbukit di Korea Selatan.

Menurut akhbar The Korea Times Kim Soo-hyeon ialah penghantar barang yang berkhidmat untuk kira-kira 9,000 penduduk Pulau Ulleung.

“Ya, beban kerjanya sangat sukar, tetapi saya gembira kerana saya memperoleh hampir 7 juta won sebulan,” kata Kim sambil tersenyum.

“Wang adalah motivasi yang besar bagi saya. Apabila saya melihat akaun bank saya, keletihan hilang. Tetapi jangan salah faham. Tiada apa yang percuma dan kerja itu sukar,” jelasnya.

Tular satu rakaman video menunjukkan dia menghantar barang kepada penduduk di kawasan berbukit dengan hanya mengangkat ia menggunakan tangan.

Turut terlihat permulaan hari pemuda berusia 34 tahun itu yang menunggu trak barang yang datang dengan feri sebelum memenuhkan ia ke dalam traknya sendiri.

Malah Soo-hyeon dilihat membawa kotak botol teh 1.5 liter ke lorong yang curam dan sempit.

“Hampir tidak ada tanah rata di sini. Kebanyakan rumah berada di kawasan yang tidak boleh diakses oleh kenderaan.

“Saya juga terpaksa menghantar sebuah peti sejuk dengan tangan,” tambahnya.

Oleh kerana lokasi terpencil pulau itu, segala-galanya daripada bahan api hingga barangan rumah adalah lebih mahal daripada di tanah besar.

Akibatnya, penduduk pulau sangat bergantung pada Coupang untuk keperluan “Barangan rumah adalah barangan yang paling popular,” kata Kim.

Baca juga: Warga Turkiye dedah punca jemaah Malaysia disenangi di Makkah, rupanya ada kaitan dengan bau badan?