“Kerja malas pastu perli untung aku dapat suami kaya, eh barang rumah ni banyak aku ‘support’ tau”

Oleh MAISARAH AISYA

Ada yang memilih untuk menjadi suri rumah demi menguruskan keluarga tapi tak dinafikan ada juga tidak bekerja sebab tak mahu berusaha.

Bila tak kerja, mulalah masa dihabiskan lihat media sosial dan bandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.

Seroang wanita tidak kisah suaminya datang daripada keluarga susah namun tidak suka akan pemikiran bahawa wanita tak perlu kerja lepas kahwin dan sering merungut.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Keluarga saya dan suami tidak setaraf. Keluarga saya boleh dikatakan orang senang. Semua ada pendidikan tinggi, keluarga suami hanya setakat sekolah menengah sahaja.

Tapi saya tak kisah, suami sangat baik dan tahu tanggungjawab sebagai suami cuma saudara mara suami sahaja yang agak bermasalah bagi saya.

Sebelum berkahwin saya tak pernah kisah sangat tentang suri rumah kerana wanita dalam keluarga saya semuanya wanita berkerjaya.

Kami telah dididik oleh atuk yang perempuan perlu bekerja, supaya ada back-up pelan andai kata bercerai maka tidaklah hidup susah dengan anak-anak.

Tetapi keluarga suami pula berlainan, semua wanita dalam keluarga dia memang tidak bekerja setelah berkahwin.

Mereka memang biasa dengan idea yang suami perlu menyediakan segala-galanya dan kerja mereka hanyalah menjaga rumah dan anak.

Bagi saya, sekiranya ada anak-anak kecil atau orang tua yang perlu dijaga itu tak apalah kan, saya hormat wanita sebegini.

Tapi mereka ini, tak ada anak, ibu bapa pun jaga diri sendiri, duduk rumah layan media sosial kemudia meroyan sebab tiada kerja.

Apatah lagi lepas PKP dulu banyak yang hilang kerja, semua buka aib keluarga sendiri, mengeluh tiada duit nak bayar sewa, kereta pun hampir kena tarik.

Asyik bising dekat Facebook tanya ada kerja kosong ke tak, bila cadang kerja jadi juruwang denga kedai serbaneka 7Eleven, bagi alasan nak jaga suami pula.

Sedangkan si suami tu kerja pagi sampai malam, duduk rumah saje pun tak jadi apa baik pergi je kerja.

Seharian layan drama, bukannya buat bekal atau masak makan tengah hari. Bila suami ajak makan malam lauk nasi dengan kari telur awak mengeluh cakap nasib kahwin dengan orang miskin.

Ini adalah sangat menjengkelkan, kemudian banding pula suami dia dengan suami saya konon rumah ada aircond, air panas, untung katanya ada suami kaya.

Wah! Saya beli semua barang tu guna duit sendiri. Suami tanggung sewa rumah, api air, duit kereta makan dan pakaian saya jadi tak ada masalah pun saya bantu bab belikan tu.

Tak cukup tu mereka saudara yang tak bekerja ni asyik bergosip dan yang menjadi mangsanya adalah saya, konon saya tak masak, makan luar, anak hantar taska.

Mereka selalu mempertikaikan kenapa suami kahwin dengan saya kalau saya tak jaga dia betul-betul.

Allah, ceteknya akal korang, lain orang lain cara jalankan tanggungjawab. Suami saya pun tak cakap apa mereka pula melebih.

Kadang kala saya terfikir, diorang ni tak kesian ke dengan suami sendiri, berhempas pulas nak cukupkan semua, tapi awak masih mengeluh tak bersyukur, meminta benda di luar kemampuan suami.

Dan bila tak dapat aibkan suami. Tapi diri sendiri tak ada usaha pun nak tolong, hanya tahu nak meminta saja.

Bila suruh usaha sendiri banyak pula alasan. Badan awak sihat, tak mengandung, tiada tanggungan lain. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi gawat macam ni.

Kita tak hidup zaman mak pak kita di mana satu sumber pendapatan dah mencukupi. Ada sedar ke tak?

Kalau dah miskin tak menyusahkan orang tak apa, tapi bila miskin tak sedar diri hutang sana sini, korek lubang sana tutup lubang sini, ni yang menyampah.

Baca juga: “Gaji suami tinggi tapi terlalu berkira, bayar goreng pisang pun nak bahagi 2 dengan aku”