Status terkini kes COVID-19 didapati berlaku peningkatan bagi kes baharu iaitu 1,854 kes menjadikan kumulatif kes baharu sebanyak 357,607 kes, manakala kes aktif pula 14,805 kes.
Daripada jumlah kes baharu ini didapati sebanyak 1,834 kes membabitkan kes tempatan dan 20 kes adalah kes import.
Seramai 169 pesakit masih berada dalam wad ICU di mana 79 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5 kes kematian telah dilaporkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini sebanyak 1,313 kes.
Kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Sabah
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebanyak tiga kes melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara.