Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Malaysia kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang Covid-19 varian Omicron.
Beliau turut menjangkakan kes harian Covid-19 akan mencecah 15,000 kes tidak lama lagi.
“Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak.
“Tolong maklum kepada orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera,” ciapnya di Twitter.
Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter turut menyeru orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak.
“Kita perlu menjangkakan dan menerima bilangan kes Omicron yang tinggi dengan kesan buruk yang minima. Kurang kemasukan ke hospital dan kurang kematian.
“Sila dapatkan vaksin dan dapatkan suntikan penggalak. Teruskan mematuhi langkah kesihatan dan penjarakan sosial. Kita perlu membendung gelombang omicron bersama-sama,” tulisnya.