Susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 pada semalam yang melonjak sehingga 10,089 kes, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dijangka akan mengadakan satu sidang media tergempar petang ini.
Khairy menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, pengumuman tersebut akan dibuat pada jam 5 petang ini.
Beberapa perkembangan tentang gelombang varian Omicron juga akan dibentangkan.
“Beberapa pengumuman penting pada PC jam 1700hrs hari ini,” ciapnya.
Pengumuman Khairy itu akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Pada semalam, Khairy memaklumkan bahawa negara sudah berdepan sepenuhnya dengan varian Omicron dan menjangkakan kes akan mencecah 15,000 sehari dalam masa terdekat.
Daripada 10,089 kes harian dilaporkan semalam, 10,012 kes atau 99.24 peratus adalah dari kategori 1 dan 2.
Manakala 77 kes atau 0.76 peratus dari kategori 3,4 dan 5.
Kerajaan ketika ini sedang giat menggerakkan usaha mempercepat dos penggalak.
Seorang pakar emidiologi juga meyakini bahawa gelombang Omicron dapat ditamatkan sekiranya pemberian dos penggalak ditingkatkan sehingga mencapai 80 peratus populasi negara.