Kes Tragis Tangmo: Netizen Malaysia jadi Detektif Conan bantu polis Thai cari punca kematian

Oleh NASUHA RAHMAN

Kes tragis ke atas seorang pelakon terkenal Thailand Tangmo Nida yang menggemparkan dunia mendorong netizen Malaysia menjadi penyiasat atau kerap kali digelar Detektif Conan apabila ada isu-isu seperti ini.

Tidak hairanlah, kalau sebelum ini netizen Malaysia pernah mengecam Israel dengan isu koyak sehingga Facebook pro Israel ditutup.

Dalam kes Tangmo Nida yang dilaporkan mati selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya boleh dikatakan setiap hari ada sahaja hantaran persoalan atau perkembangan kes mangsa.

Sekali gus ‘penglibatan’ netizen Malaysia telah membantu polis Thailand mencari punca kematian Tangmo antaranya membangkitkan soal bukti televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam bot sebelum mendiang jatuh menunjukkan seakan-akan ditolak.

Netizen Malaysia tidak puas hati kematian Tangmo awalnya dianggap satu kemalangan.

Detektif Conan netizen Malaysia turut menunjukkan kawan-kawan Tangmo termasuk pengurusnya iaitu Kratik yang berada dalam bot tidak sedih dengan kematian itu.

Lagi membuatkan netizen panas apabila ibu Tangmo pada awalnya tidak memaafkan kawan-kawan Tangmo dan Kratik akhirnya ‘move on’.

Kerja siasatan yang dilakukan netizen Malaysia rupa-rupanya dibantu seorang penterjemah dikenali Suraya Aqila yang pandai bercakap Siam dengan membuat live setiap hari.

Kes Tragis Tangmo: Netizen Malaysia jadi Detektif Conan bantu polis Thai cari punca kematian
Suraya Aqila menjadi penterjemah buat netizen Malaysia

Memandangkan mereka tidak faham berita dan sidang akhbar kes pelakon terbabit yang menggunakan bahasa Siam.

Suraya Aqila malah turut menjelaskan satu persatu percakapan seorang pengacara sewaktu menemubual ibu kepada Tangmo menerusi satu sesi live.

Wanita itu menerangkan apa yang dilaporkan media Thailand daripada tidak kenal siapa Kratik, siapa VVIP yang ingin membeli Tangmo dan insurans dibeli mendiang bernilai jutaan ringgit, kita jadi tahu semua.

Aplikasi media sosial penterjemah itu telah disekat tetapi itu tidak menghalang Suraya Aqila terus melaporkan kes berkenaan.

Kesungguhan netizen Malaysia membuat kerja dengan membuat hantan bertalu-talu mengenai ketidakadilan kes Tangmo mengundang penyiasatan polis Thailand dibuka semula.

Seorang peguam terkenal negara itu turut didakwa mahu membela kematian mendiang.

Ibu kepada Tangmo , Panida Sirayootyotin, mahu bedah siasat dilakukan semula

Memetik laporan Bangkok Post, pihak polis Thailand telah menyoal siasat saksi seramai 71 orang bagi kes kematian Tangmo Nida. Saksi tersebut termasuk lima orang individu yang berada di dalam bot laju yang dinaiki bersama Tangmo pada hari kejadian.