Ketua Hakim Negara bimbang kes dadah paling banyak direkod di Kelantan

Oleh KIM SYAZIE

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan Kelantan antara negeri yang merekodkan kes jenayah tertinggi tahun lalu membabitkan penyalahgunaan dadah berbanding negeri-negeri lain, dengan 3,683 kes.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pendaftaran kes di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah sebanyak 72 kes, manakala di Mahkamah Sesyen sebanyak 254 kes dan Mahkamah Majistret pula sebanyak 3,357 kes.

“Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas, jumlah keseluruhan pendaftaran kes sivil dan kes jenayah di semua peringkat mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu adalah sebanyak 13,579.

“Daripada jumlah tersebut, 6,412 adalah kes jenayah dan kes jenayah terbanyak yang didaftarkan melibatkan kesalahan berkaitan dadah,” kata beliau memetik Bernama ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Jenayah seksual kanak-kanak membimbangkan

Tengku Maimun berkata kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada tahun lepas amat membimbangkan dengan 59 kes berbanding kes berhubung jenayah seksual dewasa sebanyak 18 kes sahaja.

“Dalam hal ini semua pihak hendaklah sentiasa cakna dalam memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak yang merupakan golongan rentan sentiasa diberikan keutamaan dan mangsa kanak-kanak diberikan perlindungan yang sewajarnya.

Baca Artikel Penuh