Pernah diperintah oleh keturunan Kesultanan Melayu suatu ketika dahulu, Singapura kini membangun menjadi negara yang maju.
Terpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 lalu, Singapura membentuk sebuah negara Republik yang bebas serta berdaulat.
Namun tahukah anda, keturunan Sultan Melayu Singapura yang terakhir sebenarnya masih wujud dan hidup seperti rakyat biasa di negara itu.
Mencari rezeki dengan menjadi tukang cuci dan pemandu teksi, siapa sangka sosok yang hidup penuh bersederhana itu sebenarnya kerabat diraja.
Bukan cerita rekaan, itulah realiti kehidupan yang dialami oleh keturunan Sultan terakhir Singapura, Sultan Hussein Shah.
Hidup selesa di Istana Kampung Gelam, mereka kemudian diminta berpindah agar istana dapat dibaikpulih dan dijadikan sebagai muzium.
Menerima pampasan dari Kerajaan Singapura, kehidupan mereka berubah sekelip mata termasuklah bagi Tengku Faizal.
Keluar dari istana, Tengku Faizal pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kondominium di Singapura, lapor Reuters.
Menyedihkan, keturunan diraja yang mencari rezeki halal itu malah diusik dengan gelaran ‘anak raja pengendali sampah’.
Hidup dalam serba kekurangan, Tengku Faizal kini bekerja sebagai pemandu teksi untuk menampung kehidupan keluarga.

Berdepan dengan masalah kewangan, Isteri Tengku Faizal juga terpaksa bekerja secara sambilan di restoran makanan segera untuk membantunya.
“Kami otak beku, kami tak kaya. Kami cuma ada gelaran sahaja.” Katanya.
Baca juga: Permintaan Musang King menurun, durian Damak King pula menjadi rebutan