Khalid sahkan terima surat letak jawatan Datuk Bandar KL

Oleh BORHAN AHMAD

Amin menghantar surat letak jawatan pada 1 September,

Menteri Wilayah Khalid Samad mengesahkan beliau telah menerima surat permohonan untuk melepaskan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dari Tan Sri Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz

Surat itu diterima pada 1 September lepas dengan notis sebulan iaitu sehingga hujung bulan ini.

“Beliau memberikan alasan sudat lama sangat berkhidmat iaitu lebih 40 tahun dengan DBKL,” kata Khalid dalam sidang media di DBKL hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, beliau akan mempertimbangkan permohonan itu dan berbincang dengan Perdana Menteri serta Kabinet kerana ia melibatkan ibu negara Malaysia.